RM20 Juta Diperuntukkan Bagi Pembinaan Kampus ITQAS

RM20 Juta Diperuntukkan Bagi Pembinaan Kampus ITQAS

0
SHARE
Arifin semasa berucap...

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi pembinaan bangunan kampus kekal Institut Tahfiz AL Quran Negeri Sabah (ITQAS).

Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata  kerajaan akan memberikan perhatian yang mendalam kepada pusat tahfiz dan beberapa lokasi telahpun dikenalpasti yang akan dimaklumkan kemudian.

Ariffin ditemui selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sabah Kali Ke 05 di Grand Ballroom Pacific Sutera pada Khamis.

Pada majlis itu seramai 91 orang graduan ITQAS berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Tahfiz Al Quran Wal Qiraat dan Sijil tahfiz 30 Juzuk serta Pengajian Islam.

Turut hadir dalam istiadat tersebut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Datuk Saifulzaman Sangul.