RONALD KIANDEE KETUA BERSATU SABAH BAHARU – MUHYIDDIN

RONALD KIANDEE KETUA BERSATU SABAH BAHARU – MUHYIDDIN

0
SHARE

PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ronald Kiandee dilantik sebagai Ketua Bersatu Sabah baharu.

Dalam satu kenyataan, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Bersatu Sabah masih wujud dan berfungsi walaupun bekas pengerusinya, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan beberapa pemimpin lain mengumumkan keluar parti itu pada Sabtu.

Muhyiddin menambah bahawa Ronald yang merupakan Ahli Parlimen Beluran, bertanggungjawab menyelia dan mengurus Bersatu Sabah dan Perikatan Nasional (PN) Sabah sehingga penyusunan semulanya dijalankan oleh Majlis Tertinggi Bersatu dan PN.

Tan Sri Muhyiddin Yassin…

“Saya kecewa dengan sikap bekas kepimpinan Bersatu Sabah. Mereka tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti yang meletakkan mereka di kedudukan tinggi selepas pilihan raya negeri,” kata Muhyiddin merujuk kepada pemilihan yang berlangsung pada September 2020…

“Lebih-lebih lagi, kemenangan mereka dalam pilihan raya negeri itu adalah di bawah logo PN. Saya percaya ahli Bersatu di Sabah yang setia kepada perjuangan parti akan terus kekal dalam parti,” katanya.

Tambahnya, status empat Ahli Parlimen Bersatu yang memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum (PRU15) atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan ditentukan berdasarkan undang-undang anti lompat parti di bawah Perkara 49(A) Persekutuan Perlembagaan.

Empat Ahli Parlimen itu ialah Datuk Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau), dan Matbali Musah (Sipitang).

Datuk Azmizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang)…

Armizan dan Khairul telah masing-masing dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Semalam, Ketua Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji, berkata bahawa beliau dan pemimpin Bersatu Sabah yang lain akan meninggalkan parti itu kerana status quo semasa “tidak boleh dipertahankan lagi”.

Bersatu adaah ahli PN dan pembangkang di peringkat persekutuan. Bagaimanapun, bahagian Sabahnya adalah komponen GRS, yang telah berjanji untuk menyokong Kerajaan Perpaduan Anwar.