KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pembangunan industri di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Yaakob Jaafar berkata SESB sebagai syarikat utiliti di Sabah akan terus memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pembangunan negeri Sabah selain memastikan SESB kekal relevan dalam setiap peringkat pembangunan.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media setelah mengadakan Iawatan kerja ke Stesen Suis Utama (SSU) 33kV Kibing di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), di sini, semalam.
Menurut Mohd Yaakob, pembangunan pesat negeri Sabah dengan kemasukan pelabur asing telah membantu pertumbuhan ekonomi negeri dan secara langsung meningkatkan penggunaan tenaga
elektrik.
Justeru itu, beliau berkata SESB sentiasa bersedia untuk membantu pelabur-pelabur asing yang ingin melabur di negeri ini dengan menyediakan skema bekalan elektrik yang sesuai dengan pembangunan yang dicadangkan.
“Untuk memastikan kilang ini dapat beroperasi, SESB memberi bekalan tenaga interim melalui SSU 33kV Kibing sehingga set janakuasa milik syarikat itü disiapkan pada bulan Jun 2024,” Mohd Yaakob berkata.
SSU 33kV Kibing yang dimulatugas pada 29 Disember 2023 akan memberikan bekalan tenaga elektrik kepada SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd di KKIP sehingga set janakuasa milik syarikat itü siap kelak.
Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Pemangku Pengarah Urusan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd, Ma Wen Tao serta barisan pengurusan SESB.