Sabah Benarkan Operasi Bas Ekspress Dengan Kapasiti 50% Penumpang

Sabah Benarkan Operasi Bas Ekspress Dengan Kapasiti 50% Penumpang

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri kini membenarkan operasi bas ekspress di seluruh Sabah dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, bermula esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bagaimanapun penumpang yang dibenarkan hanya 50 peratus (50%) daripada kapasiti asal bas.

Beliau berkata, pengusaha atau pemandu juga perlu memastikan setiap penumpang menjaga jarak fizikal serta memakai pelitup muka sepanjang berada dalam kenderaan.

Untuk penumpang yang perlu melintasi zon pula, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran daripada PDRM.

Pemandu dan penumpang perlu menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual bagi mendaftar setiap kali menggunakan perkhidmatan bas.

Bas ekspress juga tidak dibenarkan untuk membuat sebarang persinggahan dimana-mana perhentian atau restoran sepanjang perjalanan.

Pengusaha atau pemandu bas juga perlu melakukan disinfeksi bagi setiap trip serta di terminal setelah tamat waktu bas beroperasi.

Pemandu juga digalakkan melakukan disinfeksi dalam bas setiap dua jam perjalanan.

Menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sabah aktiviti merentas daerah dibenarkan mengikut zon.

Orang ramai yang berhasrat melakukan aktiviti merentas zon perlu mendapatkan surat kebenaran PDRM.