Pelancaran PEJUANG Sabah Ditangguh, Tun M Di Jepun

Pelancaran PEJUANG Sabah Ditangguh, Tun M Di Jepun

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) peringkat negeri ditangguhkan kerana pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, sedang berada di Jepun.

Beliau dijadualkan berucap pada ‘International Conference Future of Asia’ yang ke-27 diadakan Khamis ini.

Pelancaran tersebut akan diikuti siri jelajah untuk memupuk semangat keluar mengundi di kalangan orang ramai khususnya pengundi muda dan lebih memperkenalkan perjuangan parti di Sabah.

Presiden parti, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir berharap jumlah yang keluar mengundi dapat meningkat sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

“Kami mahu tunjukkan bahawa politik tidak seharusnya toksik… 

“Orang sudah bosan dan meluat dengan apa sedang dilihat dan kami mahu mereka menjalankan hak untuk mengundi,” katanya.

Mengenai sentimen ‘Sabah for Sabahans’ atau tolak parti Malaya seperti Gabungan Parti Sarawak, beliau berkata isu seperti MA63 diambil serius.

“Malah empat (4) orang Pejuang telah menyertai perbahsan dan mengundi untuk menyokong pindaan kepada kelulusan beberapa syor di Dewan Rakyat,” beliau berkata ketika ditemui pada Program Permukiman di Sutera Harbour semalam.

Menurutnya, belum ada parti yang cuba mengelak mereka.

“Kini sedang mencari formula dengan beberapa parti tempatan “kecil” untuk mengurangkan suhu politik.

“Kita masih perbincangan (dengan beberapa parti) tapi belum ada rundingan. Tiada salahnya meneroka kemungkinan…

“Semua orang faham ada beberapa cara boleh ini berlaku, salah satunya adalah untuk mewujudkan satu pakatan semata-mata untuk mengurangkan pertindihan sewaktu pilihan raya.

“Namun dua perkara ini kita belum putuskan. Siapa juga yang ingin pupuk kerjasama mestilah berkongsi prinsip,” katanya.

Jumlah 17 jawatankuasa daripada 25 kawasan parlimen di Sabah diketuai Tuan Haji Nicholas Sylvester yang sempat memperkenalkan barisan kempimpinan terdiri daripada orang tempatan berbilang kaum kepada media kelmarin.

Mukhriz berkata terlalu awal untuk menamakan calon kerana perlu melalui proses menyeluruh berkaitan jumlah kerusi yang ingin ditanding dan kebolehmenangan di peringkat Pusat.