Jumlah Jangkitan Harian COVID-19 Sabah Tidak Banyak Berubah

Jumlah Jangkitan Harian COVID-19 Sabah Tidak Banyak Berubah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan hari ini ialah 43 kes, iaitu dua kes lebih tinggi daripada kelmarin.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan jangkitan baharu hampir seimbang.

“Sebanyak 8 daerah mencatatkan peningkatan kes dan 9 daerah pula mencatatkan angka jangkitan yang lebih rendah daripada sebelumnya…

“Sepuluh (10) daerah pula kekal dengan angka jangkitan kelmarin,” katanya dalam rumusan harian kes.

Sebanyak lapan daerah merekodkan jangkitan baharu 1 atau 2 kes.

Antaranya ialah Kunak, Tawau, Kuala Penyu, Putatan dan Sandakan yang merekodkan kes sifar (0) kelmarin.

Sebanyak 17 daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini.

Beliau berkata terdapat dua kes dalam Kategori 4 sahaja selain Kategori 1 dan 2.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (22 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 22 (18 )
Penampang 9 (7)
Kunak 2 (0)
Semporna 2 (1)
Tawau 2 (0)
Tuaran 2 (3)
Kuala Penyu 1 (0)
Papar 1 (3)
Putatan 1 (0)
Sandakan 1 (0)
Beaufort 0 (2)
Beluran 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (1)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (1)
Kota Marudu 0 (1)
Kudat 0 (0)
Lahad Datu 0 (2)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (0)
Sipitang 0 (2)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)