KOTA KINABALU, SABAH – Sejumlah 3,010 kes harian positif COVID-19 dilaporkan di Sabah hari ini iaitu berlaku penurunan 477 kes dari kelmarin (26 Ogos).
“Kinabatangan turun 198 , Penampang turun 60 dan Sandakan berkurangan 83 kes,” kata Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Menurutnya, secara keseluruhan saringan bergejala naik kepada 31.4 peratus (946 kes) sementara saringan kontak rapat menyumbang 59.2 peratus (1782 kes) dan kes daripada Kluster cuma 37 orang pada hari ini.
“Hampir 37 peratus (37%) daripada kes di Sandakan merupakan kes saringan bergejala dan lebih tinggi daripada jumlah kes saringan melalui kontak rapat…
“Di Kota Kinabalu, kes melalui saringan bergejala mencecah 44 peratus,” katanya dalam rumusan harian kes hari ini.
Daripada 3,010 kes baharu hari ini, 1,901 adalah kes lewat daftar antara dua (2) hingga lima (5) hari.
“Seramai 759 pesakit adalah dalam Kategori 1, 2,184 dalam Kategori 2, lapan (8) orang dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan 15 orang dalam Kategori 5 sementara 43 kes lagi masih dalam siasatan,” jelasnya.
Dalam pada itu, 22,070 kes dicatat seluruh negara pada hari ini yang mana Sabah menjadi negeri kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor yang mencatatkan 5,920 kes baharu positif COVID-19 hari ini (27 Ogos).

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (27 Ogos) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu -617 (609)
Penampang -390 (450)
Sandakan – 284 (367)
Kinabatangan – 51 (249)
Tawau – 219 ( 215)
Papar – 198 (185)
Tuaran – 175 (183)
Keningau – 98 (128)
Lahad Datu – 146 (122)
Telupid – 74 (111)
Putatan – 135 (96)
Beluran – 34 (79)
Kalabakan – 22 (75)
Kota Belud – 96 (74)
Kota Marudu – 65 (72)
Kudat – 45 (68)
Tongod – 43 (66)
Beaufort – 59 (53)
Tenom – 31 (50)
Ranau – 60 (49)
Nabawan – 33 (49)
Pitas – 37 (49)
Kunak – 15 (48)
Tambunan – 20 (24)
Sipitang – 45 (12)
Semporna – 10 (9)
Kuala Penyu – 8 (5)