Sabah Catat Kes COVID-19 Terendah Sejak Jun Tahun Ini

Sabah Catat Kes COVID-19 Terendah Sejak Jun Tahun Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan jumlah kes harian terendah sejak 29 Jun lalu dengan hanya 197 KES baharu hari ini iaitu 90 kes lebih rendah daripada kelmarin.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, beberapa daerah merekodkan penurunan kes baharu pada kadar yang agak besar.

“Kota Kinabalu turun 30 kes, Papar turun 20 kes, Ranau berkurangan 11 kes, Putatan turun 19 kes dan Tenom susut tujuh (7) kes…

“Walau bagaimanapun beberapa daerah lain mencatat kes harian yang lebih tinggi termasuk Tuaran yang menambah 17 kes (35) dan menjadi penyumbang tertinggi kes baharu di Sabah pada hari ini.

“Kes-kes baharu di Kota Belud dan Penampang juga bertambah tetapi dalam jumlah yang kecil,” katanya dalam sebuah rumusan harian.

Dalam pada itu, jumlah daerah yang tidak melaporkan sebarang kes baharu semakin bertambah.

“Hari ini sebanyak lapan (8) daerah mencatat sifar (0) kes dan 13 daerah mencatat jumlah kes baharu di bawah 10 kes,” tambahnya.

Seramai 194 daripada 197 pesakit atau 98 peratus (98.48%) kes yang dilaporkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2.

Tiada pesakit dalam Kategori 3 dan 5 manakala hanya seorang pesakit dalam Kategori 4. Dua (2) kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Masidi berkata berdasarkan statistik kes seharian pada Sabtu, jangkaan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0/RT bagi seluruh negara ialah 0.97 manakala bagi negeri Sabah, nilai itu pada 0.87.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (12 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Tuaran – 34 (18)
Kota Kinabalu – 27 (57)
Ranau – 22 (33)
Kota Belud – 22 (18)
Penampang – 19 (16)
Papar – 17 (37)
Keningau – 8 (5)
Sandakan – 7 (12)
Beaufort – 7 (7)
Kuala Penyu – 6 (6)
Tambunan – 5 (4)
Nabawan – 5 (1)
Tenom – 5 (12)
Sipitang – 3 (2)
Tawau – 3 (7)
Kota Marudu – 2 (8 )
Kudat – 2 (4)
Beluran – 1 (4)
Pitas – 1 (5)
Semporna – 0 (0)
Telupid – 0 (3)
Lahad Datu – 0
Kinabatangan – 0 (6)
Kunak – 0 (0)
Tongod – 0 (1)
Kalabakan – 0 (0)
Putatan – 0 (19)