KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat pengurangan sebanyak 43 kes harian COVID-19 baharu berbanding kelmarin dengan jumlah keseluruhan 199 KES hari ini.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes-kes baharu di Daerah Kota Kinabalu berganda daripada 25 kes semalam kepada 60 kes hari ini.
“Tetapi adalah diperhatikan kecuali untuk satu kes, 59 kes merupakan kes daftar lewat dua hari atau lebih…
“Ranau yang hampir setiap hari tersenarai dikalangan empat daerah penyumbang tertinggi kes baharu di Sabah hanya merekodkan empat (4) kes hari ini berbanding 20 kes semalam,” katanya dalam rumusan harian.
Jumlah kes baharu di Tuaran juga susut 16 kes.
Beliau berkata seramai 98 peratus (98%) daripada pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 sahaja.
“Pesakit2 Kategori 1 tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan dan mereka dalam Kategori 2 hanya mengalami gejala-gejala ringan…
“Terdapat dua kes masing-masing dalam Kategori 3 dan Kategori 4,” tambahnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (08 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 60 (25)
Tuaran – 19 (35)
Keningau – 15 (12)
Kota Belud – 15 (19)
Penampang – 11 (18)
Beaufort – 9 (11)
Papar – 8 (23)
Tenom – 8 (6)
Nabawan – 6 (5)
Beluran – 5 (7)
Sandakan – 5 (5)
Sipitang – 5 (4)
Tawau – 5 (5)
Kuala Penyu – 4 (7)
Ranau – 4 (20)
Kota Marudu – 4 (10)
Tambunan – 3 (8)
Lahad Datu – 3 (8)
Tongod – 3 (1)
Putatan – 3 (2)
Kunak – 2 (0)
Kinabatangan – 1 (0)
Kudat – 1 (3)
Semporna – 0 (1)
Telupid – 0 (4)
Pitas – 0 (2)
Kalabakan – 0 (1)





