Sabah Harus Diberi Keutamaan Terhadap Bekalan Vaksin Dos Tunggal CanSino – Anifah...

Sabah Harus Diberi Keutamaan Terhadap Bekalan Vaksin Dos Tunggal CanSino – Anifah Aman

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Bekalan vaksin dos tunggal jenis CanSino dari negara China harus dihantar dan diberi keutamaan kepada Sabah terlebih dahulu kata bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Katanya penghantaran perlulah mengikut jadual yang ditetapkan dan jangan ada gangguan dalam proses penghantaran sementara bekalan vaksin seperti Pfizer, Sinovac dan Astrazaneca perlu terus ditingkatkan.

“Sabah kini berada pada landasan yang terbaik untuk pemberian vaksin kepada rakyat Sabah dimana kadar harian pemberian sudah melebih 40,000 dos sehari dan mampu mencapai sehingga 60,000 dos sehari jika bekalan yang diterima mencukupi…

“Bekalan vaksin dos tunggal amat perlu bagi membolehkan PICK di kawasan luar bandar dan pedalaman dijalankan dengan lebih lancar.

“Pada ketika ini, penduduk luar bandar dan pedalaman terpaksa diberi vaksin dua dos yang mana para petugas terpaksa kembali ke lokasi sama selepas dua minggu pemberian dos pertama,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Datuk Seri Anifah Aman…

Beliau melihat ini menjadi satu cabaran kepada petugas barisan hadapan dimana faktor geografi Sabah yang berbukit bukau selain akses jalan raya kurang memuaskan yang boleh mengakibatkan bahaya kepada petugas.

“Dengan adanya vaksin dos tunggal itu nanti para petugas hanya perlu datang ke kawasan terbabit sekali dan tidak perlu datang pada minggu berikutnya…

“Bekalan vaksin yang cukup mampu mencapai sasaran imuniti kelompok dengan lebih cepat,” katanya lagi.

Difahamkan bekalan vaksin dos tunggal CanSino sebanyak 400,000 dos vaksin akan tiba ke Malaysia 15 Ogos ini menggunakan penerbangan AirAsia.