KOTA BELUD, SABAH – Skep Dance Club menyambut ketibaan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024 di Bangunan Gunasama Persekutuan di sini.
Persatuan dari Sekolah Kebangsaan Pekan Kota Belud itu mempersembahkan joget sambut tamu dalam majlis yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari.
Di bawah kendalian guru pembimbing Rukidah, 10 orang pelajar yg berumur 11 dan 12 tahun itu pernah muncul sebagai naib johan Pertandingan Seni Warisan Juara Limbai 2023. — JABATAN PENERANGAN SABAH