Peserta KMJG Pelajari Asas Menembak Raifal Colt M4, Pistol Glock

Peserta KMJG Pelajari Asas Menembak Raifal Colt M4, Pistol Glock

0
SHARE
Kmjg
Suasana semasa peserta konvoi diberi peluang menggunakan colt m4 dan glock ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA BELUD, SABAH – Peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 berpeluang mempelajari asas menembak menggunakan senjata jenis raifal Colt M4 dan pistol Glock.

Pengalaman istimewa tersebut diperolehi peserta konvoi KMJG ketika persinggahan di Markas Ke-5 Infantri Malaysia, Kem Paradise, pada Jumaat.

Sebagai simbolik salah satu destinasi perhentian, Ketua Staf Markas Ke-5 Infantri Malaysia, Kem Paradise, Leftenan Kolonel Khairul Azman Kormin menandatangani buku catatan perjalanan KMJG sebelum flag off konvoi di kawasan parking lapang sasar. — JABATAN PENERANGAN SABAH