Kampung Mantanau Destinasi KMJG Ke-50

Kampung Mantanau Destinasi KMJG Ke-50

0
SHARE
Kmjg
Gambar kenangan di Kampung Mantanau ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA BELUD, SABAH –  Kampung Mantanau menjadi persinggahan yang ke-50 konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024.

Ketibaan konvoi KMJG disambut oleh Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Wahad Sidek yang mewakili Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan di Padang Kampung Mantanau bersama penduduk-penduduk kampung berhampiran.

Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan ketibaan para peserta konvoi dan berterima kasih kerana memilih Kampung Mantanau sebagai destinasi persinggahan KMJG.

Wahab juga turut menyeru agar setiap masyarakat bersatu tanpa mengira bangsa dan agama, demi kepentingan bersama serta masa depan negara.

Dalam majlis sama, beliau turut menyerahkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah kepada wakil-wakil agensi kerajaan persekutuan serta negeri yang hadir termasuk Komuniti Madani daerah Kota Belud.

Sebelum melakukan flag off, Wahab menandatangani buku catatan perjalanan KMJG sebagai simbolik persinggahan konvoi di Kampung Mantanau. — JABATAN PENERANGAN SABAH

SHARE
Previous articleSkep Dance Club Sambut Konvoi KMJG
Next articleDullah Bersyukur Dikelilingi Orang Baik
Sabah News adalah sebuah medium berita yang menarik yang adil dan kontroversi yang hanya memaparkan berita sebenar dan tular serta bagi tontonan umum.