
KEMABONG, SABAH – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024 disambut oleh Tarian Arang Tawak setibanya di Daerah Kecil Kemabong.
Tarian sambut tamu itu dipersembahkan oleh sembilan ahli Persatuan Kebudayaan Lundayeh Kampung Baru Jumpa yang berusia di antara 12 hingga 17 tahun di bawah bimbingan Rafavy Sapah.
KMJG 2024 yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Supian Musa masuk hari kelima selepas menamatkan 401km perjalanan. — JABATAN PENERANGAN SABAH