PETALING JAYA – Kerajaan akan membenarkan rakyat untuk membuat pengeluaran dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau berkata kerajaan memutuskan perkara ini kerana menyedari bahawa masih ramai orang yang bergelut dan terkesan akibat wabak COVID-19.
“Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas dana KWSP sehingga RM10,000,” katanya pada sidang media hari ini…
Sebelum ini, rakyat menggesa Kerajaan untuk sekali lagi membenarkan pengeluaran KWSP bagi mereka yang bergelut untuk memenuhi keperluan hidup.
Bekas perdana menteri Najib Razak telah mengetuai gesaan pengeluaran tersebut dan mencadangkan cara dana persaraan itu boleh menambah simpanan ahlinya.