KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 masih tinggi walaupun jumlah kes menurun di bawah paras 3,000 daripada 3,010 kes semalam kepada 2,834 kes baharu hari ini (28 Ogos).
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dalam rumusan hari ini berkata, saringan kontak rapat menyumbang 1,751 kes (61.8 peratus) daripada jumlah kumulatif.
Ini termasuk 290 warga asing dan 21 banduan atau tahanan.
“Sejumlah 1,783 kes merupakan backlog (kes daftar lewat) antara DUA (2) hingga LIMA (5) hari…
“Setakat bulan ini, 1,414,020 dos vaksin Pfizer, Sinovac & CanSino telahpun diterima termasuk 515,150 dos yang sampai sepanjang minggu ini.
“Sejumlah 99,400 dos Pfizer lagi akan sampai dari Kuching dalam 2 atau 3 hari ini,” beliau menjelaskan.
Seramai 1,993 pesakit berada dalam Kategori 2 penyakit tersebut sementara lapan (8) orang berada dalam Kategori 5.
DUA (2) kluster baharu turut dikesan, Kluster Lima di Nabawan, iaitu kluster komuniti berpunca dari majlis kahwin setakat ini mencatat 62 kes, dan Kluster tempat kerja Pin Supu di daerah Kinabatangan dengan pengesanan 35 kes.
Dalam pada itu, 22,597 kes dicatat seluruh negara pada hari ini yang mana Sabah masih menjadi negeri kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor yang mencatatkan 5,920 kes baharu positif COVID-19 hari ini (28 Ogos).

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (28 Ogos) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 603 (617)
Penampang – 396 (390)
Sandakan – 271 (284)
Kinabatangan – 80 (51)
Tawau – 174 (219)
Papar – 223 (198)
Tuaran – 181 (175)
Keningau – 108 (98)
Lahad Datu – 105 (146)
Telupid – 53 (74)
Putatan – 88 (135)
Beluran – 7 (34)
Kalabakan – 22 (22)
Kota Belud – 82 (96)
Kota Marudu – 88 (65)
Kudat – 25 (45)
Tongod – 11 (43)
Beaufort – 32 (59)
Tenom – 63 (31)
Ranau – 41 (60)
Nabawan – 33 (49)
Pitas – 74 (37)
Kunak – 28 (15)
Tambunan – 12 (20)
Sipitang – 23 (45)
Semporna – 9 (10)
Kuala Penyu – 1 (8)