KOTA KINABALU, SABAH – Kes COVID-19 baharu kembali melambung melebihi paras 500 dengan 549 KES hari ini dengan kenaikan 156 kes berbanding semalam.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hampir semua daerah di Sabah mencatatkan jumlah kes baharu.
Semalam, Sabah baru sahaja mencatatkan kes di bawah paras angka 400 dengan 393 kes.
“Sebanyak 16 daerah mencatatkan peningkatan kes dengan 8 daripadanya mencatatkan peningkatan ketara iaitu Beaufort +32 kes, Kudat +19 kes, Kota Belud +18 kes, Kota Marudu +18 kes, Tenom +17 kes, Kinabatangan +17 kes, Pitas +13 kes, Lahad Datu +12 kes dan Ranau +11 kes…
“Tujuh (7) daerah merekodkan penurunan namun hanya satu (1) daerah yang menunjukkan penurunan signifikan berbanding semalam iaitu Sipitang dengan -16 kes.
“Empat (4) daerah lagi kekal dengan catatan sebagaimana semalam,” katanya dalam sebuah rumusan harian.
Dalam pada itu, hanya daerah Tongod dan Kalabakan mengekalkan catatan sifar (0) kes.
Masidi berkata daripada 549 kes yang dicatat hari ini, 155 kes merupakan kes daftar lewat 2 hari atau lebih selepas keputusan saringan diketahui. Sebanyak 394 kes didaftarkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
“Namun kes-kes jangkitan yang dianggap serius kekal rendah. Jumlah kes dalam Kategori 3, adalah dua (2) orang, Kategori 4, lima (5) orang dan Kategori 5, seramai tiga (3) orang…
“Kebanyakan kes jangkitan adalah dalam Kategori 2, iaitu 465 orang (84.70%) dan Kategori 1, 69 orang (12.57%),” katanya sambil menambah lima (5) kes lagi masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (02 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 63 (62)
Kota Belud – 58 (40)
Beaufort – 52 (20)
Kota Marudu – 44 (26)
Kudat – 36 (17)
Tenom – 32 (15)
Tawau – 27 (19)
Ranau – 26 (15)
Penampang – 24 (18)
Lahad Datu – 21 (9)
Pitas – 20 (7)
Tuaran – 20 (27)
Tambunan – 19 (18)
Sandakan – 18 (9)
Kinabatangan – 17 (0)
Keningau – 14 (16)
Papar – 13 (16)
Beluran – 12 (3)
Kuala Penyu – 9 (4)
Telupid – 6 (15)
Nabawan – 6 (6)
Sipitang – 4 (20)
Putatan – 4 (5)
Semporna – 2 (4)
Kunak – 2 (2)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)