Trump Tinggalkan Rumah Putih Buat Kali Terakhir Sebagai Presiden AS

Trump Tinggalkan Rumah Putih Buat Kali Terakhir Sebagai Presiden AS

0
SHARE

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini (Rabu) meninggalkan ‘Rumah Putih’ (White House) buat kali terakhir beberapa jam sebelum penggantinya, Joe Biden dijadualkan mengangkat sumpah di Capitol, Washington.

Ketika bercakap kepada media, Trump menyatakan pentadbirannya membuat banyak pencapaian sepanjang empat (40 tahun lalu.

“Ia adalah pencapaian terbaik dalam hidup saya. Saya hanya mahu ucapkan selamat tinggal,” katanya.

Trump, 74, bersama Wanita Pertama (First Lady), Melania turut melalui permaidani merah sebelum menaiki helikopter rasmi Presiden, Marine One di halaman Rumah Putih untuk ke pangkalan Joint Base Andrews bagi menyertai acara perpisahan yang disambut dengan 21 das tembakan sebagai simbol penghormatan kepada Presiden ke-45 Amerika Syarikat (AS) itu.

Donald Trump bersama Wanita Pertama (First Lady), Melania turut melalui permaidani merah sebelum menaiki helikopter rasmi Presiden, Marine One di halaman Rumah Putih…(Sumber Foto: AP)

Trump yang juga bilionair hartanah itu kemudiannya akan diterbangkan dengan Air Force One ke resort peribadi, Mar-a-Lago di Florida selepas beliau mengesahkan tidak akan menghadiri upacara pelantikan penggantinya sekali gus menjadi bekas Presiden pertama yang berbuat demikian dalam tempoh lebih 150 tahun.