COVID-19: KKM LAPORKAN KES BAHARU NAIK SEMULA CECAH 4,008 KES, 11 KEMATIAN...

COVID-19: KKM LAPORKAN KES BAHARU NAIK SEMULA CECAH 4,008 KES, 11 KEMATIAN DAN SERAMAI 2,374 PESAKIT SEMBUH

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes harian positif COVID-19 setakat ini masih di paras membimbangkan iaitu sebanyak apabila kes naik semula mencecah 4,008 KES, demikian menurut laporan di Facebook rasmi KKM, sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 169,379 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 41,087 (24.3%) kes.

DARIPADA 4,008 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak lima (5) Kes import, manakala 4,003 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Walau bagaimanapun, KKM turut memaklumkan sebanyak 2,374 KES pesakit telah sembuh hari ini, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 127,662 kes (75.4%).

Menurut KKM juga, sebanyak 246 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 96 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,391 KES, diikuti KUALA LUMPUR sebanyak 513 KES, JOHOR sebanyak 470 KES dan SABAH sebanyak 406 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat 11 kes kematian direkodkan hari ini, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 630 kes (0.4%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (20 Januari 2021) sebanyak 1,391 KES daripada keseluruhan 4,008 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)