COVID-19: SABAH PENYUMBANG UTAMA PENINGKATAN 443 KES DARIPADA 660 KES HARI INI,...

COVID-19: SABAH PENYUMBANG UTAMA PENINGKATAN 443 KES DARIPADA 660 KES HARI INI, WUJUD LAGI 6 KLUSTER BAHARU

0
SHARE
Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SABAH penyumbang utama kes tertinggi hari ini sebanyak 488 KES daripada keseluruhan 561 KES harian hari ini...

KUALA LUMPUR – SABAH penyumbang utama kepada peningkatan angka kes baharu positif COVID-19 di Malaysia apabila merekodkan 443 KES daripada 660 KES harian yang dilaporkan hari ini, demikian yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

KKM turut memaklumkan bahawa terdapat lagi kewujudan enam (6) kluster baharu hari ini iaitu; Kluster Semarak (Sabah), Kluster Sabindo (Sabah), Kluster Bina (Sabah), Kluster Bestari (Sabah), Kluster Bah Kenangan (Selangor), dan Kluster Jawi (Pulau Pinang).

Dilaporkan juga kes sembuh hari ini sebanyak 350 kes yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 11,372 kes (67.37%).

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 16,880 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,345 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 13 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 660 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat dua (2) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 658 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, peningkatan terus berlaku sebanyak 101 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 32 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat empat (4) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana semua kes dilaporkan daripada Sabah (Sandakan, Semporna & Tawau) dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 163 kes (0.97%).

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…