KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan sebanyak 76.2 peratus (76.2%) atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID19 setakat semalam, 15 Sept.
JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 92.5 peratus (92.5%) atau 21,719,553 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.
Sementara itu, sebanyak 39,234,306 dos suntikan vaksin telah diberikan setakat semalam termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.
“Semalam, sebanyak 248,410 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.