SWITZERLAND – Cristiano Ronaldo segera melompat melepasi penghalang untuk membantu pelayan (steward) setelah menjatuhkan mereka dengan rembatan kencang ke depan menjelang pertembungan Liga Juara-Juara Manchester United dengan Young Boys pada awal pagi 15 Sept lalu.
Penyerang lagenda ‘The Red Devils’ itu sedang melakukan sesi pemanasan (warm-up) bersama rakan sepasukan yang mana ketika itu dia melepaskan satu tendangan ke arah sasarannya.
Mengejutkan apabila bola hasil tendangannya itu bertembung dengan pelayan ketika itu berada di tempat tersebut dan membuatkan pelayan terjatuh ke tanah.
Ronaldo yang tidak menyangka pekara itu segera bertindak balas dengan melompat penghalang untuk memeriksa pelayan wanita itu, yang berbaring dan kelihatan sangat kesakitan.
Kakitangan perubatan turut segera bergegas ke arah pelayan wanita itu untuk memberikan rawatan dan baransur pulih dari kesakitan akibat kemalangan kecil itu.
Pada perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara Manchester United dengan Young Boys itu, hasil rembatan Ronaldo menjadi lebih baik ketika dia membuka jaringan pertama untuk Manchester United.

Namun, pada perlawanan malam Selasa itu menunjukkan corak permainan Manchester United menjadi lebih sukar apabila Aaron Wan-Bissaka dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran pada bintang Young Boys, Christopher Martins.

Susulan daripada itu, pengendali Manchester United Ole Gunnar Solskjaer memasukkan Diogo Dalot bagi menggantikan Jadon Sancho untuk mengubah semula corak permainan.
Namun, keputusan tidak berpihak kepada Manchester United selepas tewas 1-2 menentang pasukan dari switzerland, BSC Young Boys dalam aksi pertama saingan kumpulan F, Liga Juara-juara UEFA di Stadium Wankdorf.