
KABUL, AFGHANISTAN – Pejuang Taliban telah mengambil alih rumah agam Kabul yang mana merupakan salah satu tempat musuh mereka yang paling sengit iaitu bekas Naib Presiden, Abdul Rashid Dostum.
Menurut sumber, tindakan ambil alih vila mewah itu membolehkan para pejuang Taliban mengintip kehidupan bekas penguasa Afghanistan dan mereka turut mendakwa kemewahan yang ada pada bangunan vila tersebut adalah hasil dari korupsi endemik selama bertahun-tahun.
AFP turut melaporkan bahawa kemewahan di rumah besar itu tidak dapat dibayangkan bagi kebanyakan orang Afghanistan sebelum ini yang mana hasil daripada aktiviti rasuah dan penyelewengan di negara itu sebelum ini.

Candelier (lampu mewah) kaca yang besar tergantung di ruang berlekuk, sofa lembut yang besar menyediakan ruang istirahat berkonsepkan taman halaman hijau dan kolam renang dalaman dilengkapi dengan jubin pirus yang rumit berada di bangunan vila mewah itu.

Selain itu, terdapat juga sauna dan mandian wap Turki serta kelengkapan gim di dalam bangunan vila tersebut.
Ini adalah pengalaman luar biasa bagi penghuni baru, yang mana selama bertahun-tahun ini telah mengorbankan keselesaan rakyat Afghanistan untuk memberontak dengan kawasan mereka yang hanya tinggal di dataran, lembah dan pergunungan di luar bandar Afghanistan sedangkan pemimpin yang terlibat rasuah serta penyelewengan hidup selesa dengan keadaan mewah bangunan vila tersebut.
Tetapi bagi Ketua Pejuang Taliban menjelaskan bahawa mereka dan anak-anak buahnya tidak akan terbiasa dengan kemewahan itu.

“Islam tidak pernah menginginkan kita memiliki kehidupan yang mewah,” kata Ayoubi kepada AFP sambil menambah kemewahan datang di syurga iaitu “kehidupan setelah kematian”.
Untuk rekod, pemilik bangunan vila mewah itu ialah Dostum, seorang tokoh terkenal yang terpahat namanya dalam sejarah Afghanistan baru-baru ini.
Al-Jazeera turut melaporkan bahawa Dostum didefinisikan sebagai seorang penyokong politik yang licik yang menghadapi lebih dari empat dekad konflik di Afghanistan yang dilanda perang.
Walaupun terdapat banyak kejahatan perang yang berkaitan dengan pasukan Dostum, bekas pemerintah Afghanistan berharap ketenteraannya dan kebencian terhadap Taliban akan membantu mereka bertahan.
Tetapi kubu kuatnya tetap utuh dikuasai dan lelaki berusia 67 tahun itu difahamkan telah melarikan diri melintasi sempadan ke Uzbekistan sejak Taliban mengambil alih pucuk pimpinan Afghanistan.
Dostum secara besar-besaran disyaki telah memperoleh banyak keuntungan dari aktivit rasuah dan penyelewengan yang memperlekehkan bekas pemerintah di negara itu.
Segelintir penduduk turut menggelarkannya sebagai ‘Pencuri’ selepas beberapa orang pegawai bawahannya secara haram mengambil tanah untuk membina rumah mewah di satu kawasan kejiranan.
Memetik portal berita AlJazeera, Taliban mempunyai alasan yang baik untuk membenci Dostum.
Pada tahun 2001, dia dituduh membunuh lebih dari 2,000 orang pejuang Taliban, mengunci (menyeksa) banyak bekas di tengah padang pasir di mana mereka mati lemas di bawah terik matahari.
Walau bagaimanapun, Komander Ayoubi (Ketua Pejuang Taliban) menolak keinginan untuk membalas dendam.
“Sekiranya orang lain yang ditindas seperti kami datang ke sini, anda tidak akan melihat kerusi dan meja. Mereka mungkin telah memusnahkan mereka,” katanya.

Tetapi rejim baru tidak akan membenarkan kemewahan seperti itu dibina dengan keuntungan yang tidak baik pada masa akan datang, katanya.
“Kami berada di pihak orang miskin,” katanya.