Anwar Hanya Kemukakan Jumlah Ahli-Ahli Dewan Rakyat Yang Didakwa Menyokongnya Kepada Agong,...

Anwar Hanya Kemukakan Jumlah Ahli-Ahli Dewan Rakyat Yang Didakwa Menyokongnya Kepada Agong, Bukan Senarai Nama

0
SHARE
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar bin Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ria'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Istana Negara pada jam lebih kurang 11 pagi, hari ini (13 Okt)...

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ria’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenaan menerima menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Istana Negara pada jam lebih kurang 11 pagi, hari ini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, sesi menghadap yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 22 September 2020 lalu terpaksa ditangguhkan ekoran daripada kegeringan Agong yang mana telah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara bermula pada 21 September hingga 3 Oktober 2020.

“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau…

“Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut,” jelasĀ  Ahmad Fadil.

Sehubungan perkara itu, Agong telah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada masa yang sama, Agong menzahirkan kegusaran dan menasihati seluruh rakyat supaya bertenang serta berdisiplin menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi tatacara norma baru (new norm) serta Prosedu Operasi Standard (SOP) khususnya semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober ini.

Baginda turut menzahirkan keyakinan dan mengajak seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik untuk terus bersatu hati memerangi penularan wabak COVID-19 demi keselamatan bersama serta kesejahteraan negara.

Dimaklumkan juga bahawa Baginda bertitah Istana Negara telah melaksanakan sekatan pergerakan separa (semi-lockdown) yang telah berkuatkuasa sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.

Ini bertujuan untuk menjaga tahap kesihatan diri para pegawai serta kakitangan Istana Negara.