Pemergian Masing Adalah Satu Kehilangan Besar Bagi Masyarakat Dayak – Kitingan

Pemergian Masing Adalah Satu Kehilangan Besar Bagi Masyarakat Dayak – Kitingan

0
SHARE
Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan...

KUALA LUMPUR – Pemergian Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Masing merupakan kehilangan besar bagi Sarawak dan Malaysia khususnya bagi masyarakat Dayak.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, beliau terkejut dengan berita kematian Masing dan mengucapkan takziah kepada keluarga pemimpin Dayak yang dihormati itu.

“Beliau adalah kawan baik… kami mula bersama pada 1980-an untuk membincangkan isu Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada Forum Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS)…

Mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing…

“Kami turut disertai oleh profesional dan intelektual lain dari negeri-negeri Borneo termasuk Tan Sri Leonard Linggi Anak Jugah,” katanya.

Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata kebangkitan Masing dalam persada politik tempatan menyaksikan beliau menjadi antara personaliti Dayak terpenting yang mencapai kemuncak kejayaan.

“Namun, Masing tidak pernah melupakan rakan-rakannya atau mereka yang berjuang bersamanya untuk hak Sabah dan Sarawak…

“Malah, beliau adalah pemimpin pertama yang memanggil saya dan mengucapkan tahniah atas ucapan sulung saya di Parlimen pada 2018.

“Masyarakat Dayak di Sabah dan Sarawak akan merindui beliau kerana keberanian, kepimpinan dan secara peribadi untuk saya, persahabatan beliau selama ini,” katanya.