KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sabah menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus (50%) bagi jenis saman yang terpilih.
Menurut Ketuanya, Supt Mohd Zamzuri Mohd Isa, pemotongan separuh harga itu bertujuan untuk meringankan bebanan orang ramai menjelaskan bayaran saman.
“JSPT memahami kekangan kewangan masyarakat sepanjang tempoh pandemik COVID-19…
“Pemberian diskaun saman adalah tidak terpakai kepada kesalahan-kesalahan berikut: Tidak patuh lampu isyarat merah, lorong kecemasan, potong secara merbahaya (potong queue), potong di garisan berkembar, kemalangan, dalam perbicaraan, tidak boleh kompaun (non-compound), kesalahan berkaitan lori dan pengubahsuaian ekzos,” jelasnya.
Beliau berkata kaunter JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah beroperasi pada waktu 9 pagi sehingga 4 petang pada hari Isnin sehingga Jumaat sahaja.
“Orang ramai yang ingin berurusan di kaunter-kaunter tersebut diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” tegasnya.