COVID-19: 374 KES BAHARU, 3 KES KEMATIAN DAN 6 KLUSTER BAHARU DILAPORKAN...

COVID-19: 374 KES BAHARU, 3 KES KEMATIAN DAN 6 KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 374 kes baharu positif COVID-19 di rekodkan hari ini.

KKM turut memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu hari ini iaitu; Kluster Highway (Sabah), Kluster Bah Manggis (Selangor), Kluster Utama (Selangor), Kluster Tasik (Selangor), Kluster Simera (Selangor) Kluster Putra (Sarawak).

Dilaporkan juga kes sembuh hari ini sebanyak 73 kes yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 10,780 kes (71.41%).

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada  15,096 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 4,161 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 3 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 374 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat dua (2) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 372 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, berlaku peningkatan sebanyak 73 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 28 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat tiga (3) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana semua kes dilaporkan daripada Sabah dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 155 kes (1.03%).

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

SABAH-277
113 saringan kontak rapat
31 dari kluster-kluster sediaada
15 kluster Highway (KLUSTER BAHARU)
118 lain-lain saringan COVID-19

SELANGOR-44
13 saringan kontak rapat
6 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
7 dari kluster sediaada
6 Kluster Bah Manggis (KLUSTER BAHARU)
3 Kluster Utama (KLUSTER BAHARU)
3 Kluster Tasik (KLUSTER BAHARU)
1 Kluster Simera (KLUSTER BAHARU)
5 dari lain-lain saringan COVID-19

KEDAH-27
27 Kluster Tembok

SARAWAK-9
4 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
4 Kluster Putra (KLUSTER BAHARU)
1 lain-lain saringan COVID-19

KL-4
3 dari kluster sediaada
1 saringan COVID-19
1 import WN pulang dari Filipina
1 import BWN tiba dari Filipina

P.PINANG-3
3 Kluster Penjara Reman

JOHOR-2
1 saringan pulang dari kawasn berisiko tinggi
1 lain-lain saringan COVID-19

PERAK-2
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat

LABUAN-2
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat

MELAKA-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

PUTRAJAYA-1
1 daripada kluster sediada