Hujan Lebat Menumpukan Kawasan Sabah, Sarawak Dijangka Berlaku Awal Tahun Depan

Hujan Lebat Menumpukan Kawasan Sabah, Sarawak Dijangka Berlaku Awal Tahun Depan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Episod hujan lebat yang menumpukan kawasan Sabah dan Sarawak dijangka berlaku pada Januari dan Februari tahun depan.

Jabatan Meterologi Malaysia semalam mengumumkan bahawa Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula esok (3 Nov) sehingga bulan Mac tahun depan.

Menurutnya, dalam tempoh tersebut, empat (4) hingga enam (6) episod hujan lebat dijangka membanjiri negara.

“Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir…

“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk,” katanya.

Dalam pada itu, tiupan angin Timur Laur secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

“Kawasan pantai negeri-negeri yang mengadap Laut China Selatan juga dijangka mengalami risiko kenaikan paras laut,” katanya lagi.

Agensi berkenaan menasihati orang ramai untuk bersiap sedia dan sentiasa berwaspada menghadapi musim tengkujuh tersebut.

“Sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, media sosial Jabatan dan aplikasi myCuaca,” tambahnya.