KUALA LUMPUR – Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara dimobilisasikan sebagai pusat bantuan untuk membantu orang awam terutama warga emas, yang menghadapi kesukaran mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM@MCMC) yang dipetik Bernama hari ini, usaha itu diharap dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam memerangi pandemik COVID-19.
“Sehubungan itu, kakitangan PIK yang bertugas sepenuh masa di PIK akan membantu melicinkan proses pendaftaran. Terdapat juga paparan poster di PIK mengenai pendaftaran vaksin COVID-19 melalui MySejahtera bagi memaklumkan orang awam…
“Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dimajukan kepada pihak PIK yang berdekatan,” demikian menurut kenyataan itu.