KOTA BELUD, SABAH – Bantuan Bomba diperlukan bagi memotong dan mengeluarkan panah besi dari kaki mangsa yang tertusuk semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa iaitu seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan tersebut ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan.
“Pasukan Bomba bertindak ke Hospital Kota Belud sejurus menerima panggilan kecemasan 4.33 petang…
“Besi berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas ‘Hydraulic Power Unit’,” katanya dalam kenyataan.
Mangsa mengalami kecederaaan pada kaki kanan berhampiran bahagian lutut mankala operasi ditamatkan pada jam 6 petang.