Proton Waja Musnah Terbakar di Jalan Sepanggar

Proton Waja Musnah Terbakar di Jalan Sepanggar

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sebuah kereta jenis Proton Waja musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di hadapan premis Kedai Yaser Trading, Jalan Sepanggar, di sini, petang semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.43 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba yang melibatkan lapan anggota tiba di lokasi pada jam 6.57 petang, kira-kira 13 kilometer dari balai, dan mendapati sebuah kereta Proton Waja sedang terbakar sepenuhnya.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan berjaya mengawal kebakaran pada jam 7.20 malam.

Operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.31 malam selepas pasukan memastikan tiada lagi unsur bahaya di lokasi kejadian.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Operasi diketuai oleh Komander Operasi, PBK I Faizal Alias, dengan sokongan sebuah jentera LFRT dan sebuah jentera EMRS. Tiada agensi lain terlibat dalam operasi berkenaan.

JBPM Negeri Sabah menasihatkan orang awam agar sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan disenggara dengan baik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.