KOTA KINABALU, SABAH – Sabah meneruskan trend penurunan dan mencatatkan angka jangkitan baharu di bawah paras 500 kes buat pertama kalinya hari ini sejak 3 Feb lalu.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mengumumkan jumlah kes baharu hari ini adalah sebanyak 421 KES, iaitu penyusutan sebanyak 175 kes berbanding semalam.
“Jumlah kes baharu yang lebih rendah hari ini banyak dipengaruhi oleh penyusutan pada skala besar di beberapa daerah seperti Kota Kinabalu (-44 kes), Penampang (-35 kes), Beaufort (-26 kes), Papar (-22 kes) dan Tawau (-17 kes).
“Sebanyak 15 daerah merekodkan penurunan kes harian dan hanya sembilan (9) daerah merekodkan peningkatan kes baharu tetapi pada skala yang kecil,” katanya dalam rumusan harian kes.
Beliau berkata terdapat tanda penstabilan di hampir keseluruhan daerah di Sabah dengan 13 daripadanya mencatatkan kes satu angka sahaja.
“Kota Kinabalu adalah satu-satunya daerah yang masih mencatat kes baharu tiga angka (104 kes) tetapi berkurangan 44 kes berbanding jumlah semalam. Lahad Datu dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini,” tambahnya.
Satu lagi kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Access Menawo di Keningau. Jumlah kluster yang masih aktif ialah 18 kluster.
Dua (2) kes baharu hari ini berada dalam Kategori 3, empat (4) dalam Kategori 4 dan tiga (3) lagi dalam Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin.
Kota Kinabalu 104 (148)
Tuaran 55 (47)
Papar 37 (59)
Penampang 35 (70)
Putatan 27 (24)
Beaufort 25 (51)
Sandakan 17 (17)
Kota Marudu 15 (9)
Keningau 14 (16)
Tambunan 12 (10)
Tawau 12 (29)
Sipitang 10 (7)
Beluran 8 (5)
Pitas 8 (7)
Kota Belud 8 (12)
Kuala Penyu 5 (10)
Ranau 5 (13)
Tenom 5 (18)
Kudat 5 (5)
Telupid 3 (3)
Kinabatangan 3 (11)
Tongod 3 (11)
Kunak 2 (0)
Kalabakan 2 (5)
Semporna 1 (0)
Lahad Datu 0 (7)
Nabawan 0 (2)