Sabah Turun 15 Kes Baharu COVID-19

Sabah Turun 15 Kes Baharu COVID-19

0
SHARE
Datuk Seri Masidi Manjun...

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan harian hari ini ialah 139 KES iaitu penurunan 15 kes berbanding jumlah semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat dua faktor yang menjadi punca utama jumlah jangkitan yang lebih rendah hari ini.

“Pertama ialah jumlah sampel ujian yang lebih rendah pada hujung minggu iaitu 1,728 berbanding 2,162 semalam…

“Faktor kedua ialah penurunan besar jumlah jangkitan baharu di Kota Kinabalu daripada 91 kes kelmarin kepada 68 kes (-23) hari ini,” katanya dalam rumusan harian kes.

Katanya, nisbah daerah yang merekodkan penurunan (8 daerah) dan peningkatan (7 daerah) kes adalah seimbang. Lima-belas (15) daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu.

Sebanyak dua (2) kes direkodkan berada dalam Kategori 3 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan merupakan jumlah kes kelmarin.

Kota Kinabalu 68 (91)
Penampang 24 (15)
Tuaran 12 (12)
Papar 8 (8)
Sandakan 6 (5)
Tawau 5 (2)
Putatan 4 (5)
Keningau 3 (0)
Sipitang 3 (0)
Tambunan 3 (0)
Tenom 2 (3)
Ranau 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kota Marudu 0 (1)
Kuala Penyu 0 (3)
Kudat 0 (2)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (6)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Semporna 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)