KOTA KINABALU: SAFMA FC menyertai Kejohanan Futsal Piala Kerkas 2026 anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang berlangsung di Kompleks Tun Adnan, di sini, pada Sabtu.
Kejohanan itu menghimpunkan 16 pasukan daripada pelbagai jabatan dan agensi dalam usaha memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan antara peserta.
SAFMA FC yang diundi dalam Kumpulan A bersama EDU Tenom, Yayasan Sabah dan Kesihatan D turut berdepan pasukan Kesihatan D dalam saingan peringkat kumpulan.
Pasukan itu diketuai pengurus pasukan, Willintino Leo Magil dan Raif Anaqie Damian, bersama jurulatih Saidul Saikin.
Selain menguji kemahiran dan kecergasan pemain, penyertaan SAFMA FC turut menjadi platform memperkukuh kerjasama berpasukan serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan warga kerja.
SAFMA turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas usaha menganjurkan kejohanan yang menggalakkan hubungan baik antara jabatan dan agensi.






