KUALA PENYU, SABAH – Blok kuarters empat pintu Jabatan Kerja Raya daerah ini di Sungai Laban sini terbakar 90 peratus petang semalam.
Mujur tiada penghuni dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu menurut sebuah laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
“Dua buah kenderaan iaitu kereta Perodua Kancil dan sebuah motosikal berjaya diselamatkan…
“Operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 200 kaki dan 2 pancutan dari sumber air daripada jentera dan pili Bomba berhampiran,” katanya.
Operasi terkawal pada jam 6.10 petang.





