Saga Masuk Longkang Towering

Saga Masuk Longkang Towering

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Dua lelaki cedera ringan selepas kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu salah seorang daripada mereka jatuh ke dalam longkang di Jalan Towering sini tadi.

Insiden selepas kemuncak perayaan pesta Kaamatan itu turut melibatkan seorang perempuan dan seorang lagi mangsa yang tidak dikenal pasti identitinya.

Jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata panggilan diterima Balai Bomba dan Penyelamat Penampang pada jam 4.58 pagi.

“Terdapat empat (4) orang mangsa terlibat dikeluarkan oleh pasukan Bomba seterusnya menerima rawatan awal dari anggota EMRS…

“Mangsa diserahkan kepada pegawai perubatan dan dihantar ke Hospital menggunakan Ambulan untuk rawatan lanjut,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada 5.43 pagi.