PENAMPANG, SABAH – Mayat seorang daripada dua mangsa yang dikhuatiri lemas di Kampung Pogunon sini semalam ditemui orang awam pada hari kedua operasi pencarian.
Harold Walter, 17, ditemui 2.45 petang tadi di tepi sungai berhampiran Kampung Pagansakan, terletak lebih kurang tiga (3) kilometer dari lokasi asal beliau dilaporkan lemas.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata pencarian untuk mangsa terakhir, Tomansi Olaf, juga berumur 17 tahun, masih giat dijalankan.
“Operasi hari ini dijalankan sepanjang kawasan sungai dengan kaedah permukaan air dan menggunakan bot,” katanya.
Seramai lapan (8) anggota Angkatan Pertahanan Awam, 12 orang awam, sembilan (9) anggota Polis termasuk Unit Dron dan anjing pengesan Bomba membantu usaha 14 petugas Bomba dari Balai Penampang dan Kota Kinabalu.





