Sebanyak 33 Buah Rumah Rentung Dalam Kebakaran Di Tanjung Aru Lama

Sebanyak 33 Buah Rumah Rentung Dalam Kebakaran Di Tanjung Aru Lama

0
SHARE
Sumber Foto; Pusat Gerakan JBPM Sabah...

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 33 buah rumah di perkampungan atas air Tanjung Aru Lama sini rentung dalam kebakaran kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Seramai 24 anggota bomba berjaya mengawal rebakan selepas sejam bertarung dengan api dengan kekuatan 3 buah jentera termasuk sebuah lori tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas.

Menurut ketua operasi, PPgB Hanis Mokhtar, pihak bomba mengalami kesukaran membuat pemadaman api disebabkan tekanan air pili bomba yang rendah.

Sumber Foto; Pusat Gerakan JBPM Sabah…

“Operasi terkawal pada jam 2.02 dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.30 pagi…

“Tiada kecederaan dan kemalangan nyawa di laporkan,” katanya.

Sumber Foto; Pusat Gerakan JBPM Sabah…

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan.