Seekor Gajah Betina Ditemui Mati Di Sebuah Ladang

Seekor Gajah Betina Ditemui Mati Di Sebuah Ladang

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Bangkai seekor gajah betina telah ditemui di sebuah ladang di Ulu Tungku, beberapa hari yang lalu.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, Sylvester Saimin berkata, gajah tersebut ditemui mati terdampar dengan separuh badan mamalia itu berada dalam air.

Jelas beliau, dianggarkan gajah tersebut berusia 25 tahun dan telah ditemui oleh pekerja ladang pada jam 9 pagi sebelum ia dilaporkan kepada Jabatan Hidupan Liar.

“Bedah siasat ke atas gajah itu dijalankan dan beberapa sampel diambil untuk dianalisis bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya.

Tambah Sylvester, ada kemungkinan gajah itu mati kerana kerosakan sistem dalam badan serta keracunan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.