Sektor Penjawat Awam Beroperasi Pada Kapasiti Penuh Selepas Kes Harian COVID-19 Sabah...

Sektor Penjawat Awam Beroperasi Pada Kapasiti Penuh Selepas Kes Harian COVID-19 Sabah Menurun

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri memutuskan agar keseluruhan sektor penjawat awam beroperasi pada kapasiti penuh mulai hari ini (01 Mac) KECUALI mereka yang dijangkiti COVID-19 dan juga kontak rapat berdasarkan status semasa dalam MySejahtera.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata demikian sambil menasihatkan agar penjawat awam sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard bagi membendung penularan semasa bertugas.

Dalam rumusan kes, Masidi berkata jumlah kes harian di Sabah hampir sama dengan jumlah semalam dengan penurunan marginal sebanyak 16 kes. Jumlah jangkitan baharu hari ini ialah 2,158 kes.

Enam (6) kes masing-masing berada Kategori 3 dan 4 dan tiga (3) kes dalam Kategori 5.

Sebanyak 247 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 117 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (01 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 651 (555)
Tuaran – 142 (181)
Papar – 135 (204)
Keningau – 130 (105)
Beaufort – 130 (61)
Kota Belud – 120 (101)
Penampang – 111 (252)
Putatan – 100 (223)
Sandakan – 88 (50)
Tawau – 83 (70)
Tenom – 60 (49)
Kuala Penyu – 49 (38)
Ranau – 47 (39)
Sipitang – 45 (27)
Kota Marudu – 41 (32)
Lahad Datu – 32 (38)
Telupid – 30 (15)
Pitas – 25 (19)
Kudat – 25 (16)
Tambunan – 22 (27)
Nabawan – 18 (10)
Semporna – 17 (0)
Beluran – 17 (8)
Kinabatangan – 17 (22)
Tongod – 13 (13)
Kunak – 8 (13)
Kalabakan – 2 (6)