PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan bahawa tiada lagi pertukaran status ‘kontak kasual’ di aplikasi MySejahtera bermula hari ini.
Beliau mendedahkan perkara itu melalui ciapan akaun Twitter miliknya hari ini.
“Sebelum ini apabila MySJ Trace atau Check-Ins mengesan bahawa anda telah terdedah kepada kes positif, status risiko anda akan bertukar kepada kontak kasual (kuning)…
“Mulai hari ini, status risiko anda tidak akan berubah lagi. Anda akan mendapat pemberitahuan sebaliknya,” katanya.
Tambah Khairy, sekiranya orang awam mempunyai simptom, mereka diminta untuk segera mengasingkan diri dan membuat ujian kendiri Covid-19, lapor Bernama.
“Jika anda mempunyai simptom, asingkan dan uji,” katanya.





