Jeffrey Kitingan Tinjau Keadaan Gereja Katedral St Francis Xavier Keningau

Jeffrey Kitingan Tinjau Keadaan Gereja Katedral St Francis Xavier Keningau

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan meninjau keadaan Gereja Katedral St Francis Xavier Keningau yang telah dicerobohi oleh seorang individu sehingga menyebabkan kerosakan beberapa barangan geraja baru-baru ini.

Individu yang menceroboh masuk dan merosakan barangan gereja tersebut adalah seorang lelaki tempatan yang disyaki kurang siuman, lapor Utusan Borneo.

Hadir sama dalam tinjaun tersebut adalah Timbalan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki KSFX, Dominic Liew dan Ketua Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau, Lectus Fung.

Difahamkan barangan yang rosak dalam gereja tersebut ialah dua ‘patung’ yang terletak di kiri dan kanan termasuk salib di ruang ibadah gereja tersebut.

Menurut Dominic, sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada gereja itu tidak berfungsi dan perlu penyelenggaran…

Sehubungan dengan itu Dr Jeffrey bersetuju untuk membantu memulihkan sistem CCTV di gereja berkenaan bagi memastikan gereja itu dapat dipantau sepanjang masa.