Laporan Terkini KKM Status COVID-19 Di Malaysia

Laporan Terkini KKM Status COVID-19 Di Malaysia

0
SHARE
Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa terdapat 47 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 10,014 kes (87.2%).

Sehingga 01 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 260 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,484 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,334 kes.

Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah…

DARIPADA 206 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, hanya terdapat satu (1) KES IMPORT…

SEBANYAK 259 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA 129 KES MELIBATKAN DARI KALANGAN
Bukan WARGANEGARA DAN LAGI 130 KES DARI KALANGN WARGANEGARA.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Menurut laporan itu juga, sebanyak 20 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan tiga (3) kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri dan kluster yang direkodkan oleh KKM;

Pecahan Kes Baharu COVID-19 setakat 1 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

SABAH – 118 KES
74 kluster Laut
10 kluster Benteng LD
10 kluster Bangau-Bangau (1BWN)
11 saringan bergejala
6 saringan komuniti
1 kluster Bakau
1 BWN kluster Joo Hwa
1 kluster Sakong
1 saringan rujukan ke hospital
1 saringan pra pembedahan
1 saringan kontak rapat
1 BWN saringan masuk kerja

KEDAH – 98 KES
88 kluster Tembok (53 BWN)
5 saringan kontak rapat
3 kluster Bah Ketil
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan bergejala

KL – 14 KES
12 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat
1 import BWN tiba dari UK

SELANGOR – 13 KES
9 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
3 kluster Jalan Meru
1 saringan bergejala

JOHOR – 5 KES
4 kluster Bakawali
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
Putrajaya-5
5 kluster Selasih

TERENGGANU – 2 KES
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

PERLIS – 2 KES
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

MELAKA – 1 KES
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

PAHANG – 1 KES
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

PULAU PINANG – 1 KES
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi