NEW DELHI, INDIA – Seorang lelaki nekad menceraikan isterinya dengan talak tiga sekaligus hanya kerana tabiat wanita itu yang malas mandi.
Lelaki itu yang berasal dari negeri Uttar Pradesh, India nekad untuk menceraikan isterinya yang telah dikahwiniya dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan tabiat wanita itu yang terlalu malas mandi.
Menurut laporan yang dipetik Oddity Central, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia sering bertengkar dengan isterinya setiap kali mengarahkan isterinya itu untuk mandi.
Akhirnya, lelaki tersebut terpaksa nekad membuat keputusan untuk menceraikan isterinya akibat tidak tahan menghadapi masalah itu secara berlarutan.
“Ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari,” kata seorang kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India.
Bagaimanapun, selepas mendapat tahu tentang keputusan suaminya yang ingin bercerai, wanita tersebut enggan diceraikan dan mahu terus bersama suaminya.
“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga…
“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut,” kata kaunselor tersebut.