KOTA KINABALU: Seorang maut manakala dua lagi terselamat selepas bot penarik pasir yang mereka naiki dilanda ombak bergelora di perairan Pantai Bangau, Sikuati, Kudat, petang semalam.
Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa Mohd Azman Idris, 31, terjatuh ketika menyambung tali jangkar yang putus, sebelum dua rakan sekerja terjun ke laut untuk menyelamatkannya.
“Ketiga-tiganya hanyut ke arah pantai sebelum diselamatkan pasukan bomba.
“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala dua lagi diberi rawatan awal dan dilaporkan stabil,” kata seorang pegawai jurucakap agensi.
Operasi melibatkan 12 anggota bomba bersama agensi lain termasuk APMM, PDRM, KKM dan APM, berakhir pada 6.43 petang.






