TAWAU: Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam sungai di Jambatan Kampung Iban Merotai petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan dari pihak polis mengenai kejadian itu pada jam 4.43 petang.
“BBP Tawau terima panggilan dari pihak polis mohon bantuan mengangakat mayat yang berada di dalam sungai.
“Pasukan Bomba mengangkat mayat mangsa yang dikenali sebagai Tikung Anak Guma menggunakan tali dan strecher.
“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Operasi seterusnya ditamatkan pada jam 5.45 petang.