SPRM Denda Pegawai Wanita JIM Terima Suapan RM 3,200

SPRM Denda Pegawai Wanita JIM Terima Suapan RM 3,200

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang pegawai wanita Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah didenda sebagai penjawat awam yang menerima wang suapan sebanyak RM 3,200 di Mahkamah Khas Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuk Malaysia (SPRM) Kota Kinabalu, hari ini.

Tertuduh, Cassandraella Jalius, 27, didenda RM 12,000 atas dua kiraan pertuduhan yang berlaku di bank CIMB Ranau semasa bekerja sebagai Bahagian Kawalan Imigresen, di Balai Pelepasan Kuala Lumpur Antarabangsa 2 (KLIA 2).

Pegawai Imigresen Gred KP19 terbabit pada 7 dan 31 Disember 2019 dituduh menerima wang suapan itu dari seorang individu lelaki dalam pecahan RM 1000 dan RM 2,200 berhubung kerja-kerja rasmi.

Beliau terdahulu mengaku bersalah pada 10 Mei lalu atas kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nartiah F Mirchelle Sambutan manakala tertuduh diwakili peguam Farazwin Haxdy.