Operasi Perniagaan Dibenarkan 8 Pagi Hingga 8 Malam Sahaja Sepanjang PKP 3.0

Operasi Perniagaan Dibenarkan 8 Pagi Hingga 8 Malam Sahaja Sepanjang PKP 3.0

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan waktu operasi perniagaan termasuk di pusat beli-belah dan kedai makan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Peraturan itu akan berkuat kuasa di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada 25 Mei ini,” katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di Putrajaya, hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob…

Mengulas lanjut beliau berkata, sistem pengangkutan awam juga akan dihadkan kepada 50 peratus sahaja kapasiti seperti dilaksanakan ketika PKP pertama dahulu.

“Operasi perniagaan antaranya penjualan makanan pandu lalu, kedai runcit, kedai serbaneka yang sebelum ini dibenarkan hingga jam 10 malam kita pendekkan kepada jam 8 malam,” jelas beliau.