Kerajaan Negeri Buka Semula Spa, Pusat Kesihatan Dan Urut Bermula 1 Oktober...

Kerajaan Negeri Buka Semula Spa, Pusat Kesihatan Dan Urut Bermula 1 Oktober Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri Sabah bersetuju membuka semula perniagaan spa, salun kecantikan, refleksologi, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan serta perkhidmatan pedicure dan manicure mulai 1 Oktober.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata ini selepas pengumuman beliau semalam bahawa peralihan berkata daripada sekatan Rentas Daerah kepada Rentas Zon yang akan bermula pada tarikh sama.

“Ini termasuklah pusat atau premis produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, pusat edutainment, extreme and adventure, taman rimba dan lain-lain dengan syarat semua pekerja atau pengusaha dan pelanggan atau pengunjung harus telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah,” katanya.

Mengulas berkenaan kebenaran rentas zon, Masidi menegaskan ianya tertakluk kepada syarat kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa Negeri Sabah telah mencapai 60 peratus dan jika setiap daerah dalam setiap zon juga telah mencapai nilai ambang 60 peratus (60%) penduduk dewasa yang lengkap divaksin.

“Mana-mana daerah dalam zon yang belum mencapai 60 peratus penduduk dewasa lengkap divaksinasi dengan sendirinya terasing daripada zon sehingga mereka mencapai nilai ambang 60 peratus kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa bagi daerah tersebut,” jelasnya.

Datuk Masidi Manjun…

Selain daripada itu, beliau berkata hanya individu yang berstatus risiko rendah COVID-19 serta menunjukkan bukti telah lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke mana-mana premis.

Masidi menekankan bahawa pemilik premis perlu memastikan perkara tersebut terlebih dahulu sebelum membenarkan pelanggan mereka masuk.

“Ini boleh dibuktikan melalui Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 pada aplikasi MySejahtera atau Kad Vaksinasi COVID-19 yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) semasa di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi individu yang tidak memiliki kemudahan telefon pintar atau tiada akaun MySejahtera,” beliau berkata.

Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 pada aplikasi MySejahtera atau Kad Vaksinasi COVID-19 yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV)…