Sebanyak 80% Kakitangan Awam, 40% Pekerja Swasta Akan ‘Bekerja Dari Rumah’ Mulai...

Sebanyak 80% Kakitangan Awam, 40% Pekerja Swasta Akan ‘Bekerja Dari Rumah’ Mulai 25 Mei Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan sebanyak 80 peratus kakitangan awam dan 40 peratus pekerja sektor swasta akan Bekerja Dari Rumah (BDR) ataupun Work From Home (WFH) bermula 25 Mei ini dalam usaha mengekang penularan COVID-19 dalam negara.

Perakra itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, langkah itu secara keseluruhannya akan membabitkan lebih tujuh juta pekerja bagi kedua-dua sektor berkenaan.

Semalam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk memperketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa, dengan sekatan lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.